Followers

Friday 12 August 2011

cerita EPL

awas. entri ini memang semata-mata pasal bola.
mungkin bosan bagi wanita.


esok hari sabtu.
bagi orang-orang kebanyakan.
esok mungkin hari sabtu seperti biasa.
hari orang tidur.
hari budak budak praktikal basuh baju.

tapi bagi yang bermaharajakan bola sepak inggeris.
yang seakan-akan cuba mencium dubur orang-orang putih.
esok adalah hari baru.
hari kebangkitan semula.
bukan kebangkitan karma hindu buddha.
bukan.
ini lebih kepada bangkit dari bertapa.
macam hang tuah keluar dari gua.
macam haiwan keluar dari hibernasi untuk mengawan semula.
macam dafi dah lama tak buat album.
tiba tiba keluar lagu 'dafi-baik-punya"
macam lah.



LIGA PERDANA INGGERIS 2011/2012.

atau ringkas kata inggerisnya EPL.atau BPL.
bagi rakyat malaysia.
sebagaimana tingginya martabat yuran UTM sesi 2011/2012.
macam itulah tingginya martabat EPL.
bukan menidakkan liga tempatan.
tapi tanya lah sultan pahang sendiri.

kalau diberi pilihan nak tengok pahang atau chelsea.
gua rasa sah sah dia pilih chelsea.
gua rasa lah.

dan bila mana EPL bermula.
maka mamak mamak pun akan tersenyum bangga.
kembang kempis dubur mereka.
putih seketika.
tapi yang putih cuma gigi.
bagi mereka musim EPL adalah lubuk rezeki.
pada musim inilah.
kaki kaki bola akan berpusu pusu ke "pub-stail-malaysia".
cuma yang bezanya mamak tiada beer.
tiada wiski.
haruk haruk pun akan ada brader muka sangap order tongkat ali.
apa motif pun gua tak tahu.
nak kata dah kahwin.
skrin henset letak gambar lisa surihani.
wallpaper ana lulu.
ah lantaklah.duit lu.

cuma yang bangsat.
bertahun dah EPL ni ada.
tapi haram ane ane kerja tetap camchelaka.
ambik order muka kerek.
mintak ais kosong masa kick off.
wisel penamat baru nak terkedek-kedek.

"gua mamat.bukan mamak "


tapi nak buat macam mana.
kedai melayu skrin kecik.
kalau boleh nak pasang laptop bagi ramai-ramai tengok.
gua agak kalau kalkulator saintifik boleh tengok EPL.
mesti diorang letak kalkulator je kat kedai.
dem.

pendek kata EPL ni ibarat pengerat silaturrahim antara kaki bola.
sikit sikit bertegur sapa.
tapi yang pelik hari jumaat macam semua pakai kot halimunan harrypotter.
jarang sangat jumpa.

"mana malam ni tak?
 tengok ngan sape?
 predict berapa predict?
 shebby kata tadi tahun ni tahun arsenal.
 shebby lah kata."


ah.bual stended saban tahun.

"ape citer torres tak?
 macam baru lepas sunat je main.
 tak skor pun.
 kah kah kah kahar rasul melayu!"


bual stended mamat mamat PES.
kalau gol kata mantap.
kalau tak gol kata bingai.
seriyes.
gua memang meluat tengok bola dengan mamat mamat PES.


"shoot shoootttt.
 shoott lah bodohhhh!"


padahal berlapis daudsu kat depan striker tu.
bangang sungguh.
bila gua ajak turun padang.

"aduh tak.
 esaimen banyak lah"


bolok wok mung!

dan saban tahun.
bila mana EPL bermula.
ada satu ritual tahunan oleh kaki bola yang ada internet.



FANTASY PREMIER LEAGUE 2011/2012.
bagi yang biasa main.
tak payah cerita lebih.
cuma untuk makluman gadis gadis.
fantasy premier league adalah satu "managing-game"
di mana lu akan diberi 100 dirham.
dan perlu membeli.
menjual.
dan mengubah pasukan yang terdiri dari 15 pemain.
mata yang diperoleh berdasarkan perlawanan sebenar.

sebagai contoh.
dalam team lu ada drogba.
kalau drogba skor hatrik menentang stoke esok.
dia akan memperoleh 15 mata.
itu kira paling taik lah 15 mata tu.
belum masuk bonus raya lagi.

kalau drogba bebal dapat kad.
atau dengan riak sumbat gol sendiri.
mata akan dipotong.
macam KWSP.

dan ada lagi peraturan-peraturan lain.
itu pun kalau lu terdetik nak main.
kalau nak sambung hias-hias kuku.
gentel-gentel bulu mata.
lantaklah. hak lu.

kepada kaki kaki bola.
member gua ada create liga.
tak kisahlah lu hebat macam safee sali.
atau bengap macam mahali jasuli.
boleh join sama.

ini ada dua kod liga.

1.1314728-354747 ( PIALA ZUL ZUHAIR )
2.1138769-331283 ( Liga Pengat Ubi  )

gua punya team macam tahi.
tak tahu kenapa gua ambik super mario balotelli.
dem on me.
tapi pada gua mamat ni walaupun emo macam kena sampuk setan.
tapi main power.
masalahnya orang main pakai kaki.
pikir guna otak.
tapi gua rasa dia lebih owhsem.
otak dia letak betul betul dekat kaki.


okeh.
itu saja.
maaf gegurl kalau entri ini berbaur kelakian.
sekian.
Eh.macam pantun.
dah blah.

"eh jap tak.
 kenapa piala zul zuhair"


oh.
itu sebagai tribut kepada artis yang tengah mencanak naik.
lu mungkin tak kenal.
tapi ini bakal jadi fenomena global.
lu cuba lah kritik.
takkan jalan.brader ni memang kebal.
nah link. pandai-pandai lah nilai.

MAJULAH SUKAN UNTUK PAHANG.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...