Followers

Tuesday 2 August 2011

khairul fahmi dan bebuluh runcing.

awas. ini ceritera cinta pertama gua.tapi panjang gilababi.

sebenarnya gua baru tahu.
yang apek putus tunang dengan elia.
elia pun gua baru tahu nama dia.
sangatlah indahnya.
selama ni gua ingat nama dia nurul jejari binti runcing.

tadi gua google.
ada yang maki apek.
kononnya dayus.senang-lenang putus tunang.
tak kurang jugak yang caci elia.
bilang orang padan muka.
heboh sangat cinta sini sana.

tapi dok.
lu siapa.
senang senang selak kain cinta orang.
yang bertunang siapa.
lu ke elia.

lu nak salahkan apek.
pada hemat lu apek macam buaya. si bujang senang.
awek cuncun keliling pinggang.
tapi mana berita lu baca.
lu ada kontek fon dia.
ada tanya hulu pangkal cerita.
yang lu ada beautifulnara.
ohbulan.
bernama.
tapi maki lebih lebih macam lu yang bercinta.


dok tahu nok kecek lagu mano mek.

lu nak maki elia.
kata padan muka.
"hah tulah sibuk sangat bertunang macam unta.
 kecoh macam ayam.
 bertelur sebiji di selatan. kecoh sampai utara."


dok.
shes a woman.
and u know how would a woman react to show off her lover.
they're so proud with their own guy.
khairul fahmi che mat dok.
keeper agung asia tenggara.
siapa tak bangga.
kalau balak lu david beckham.
ada lu sipu-sipu kata.

"oh. balak saya biasa-biasa saja.
 pemain piala presiden"


soritusei.
mustahil dok.
semustahil obama berjabat osama.


bebuluh runcing.sekadar hiasan.


"tapi kenapa sampai nak putus tunang tak.
 dulu bercinta bagai nak rak kasut"


gua malas nak cerita lebih pasal putus tunang.
gua bercinta pun tidak.
cuma pada gua tunang masa untuk berkenalan.
bukan lesen buat anak.
tapi kenal betul betul ikut syarak.
kalau betul si jejaka jenis haprak.
bila putus.untunglah si wanita.
kalau betul si wanita lidah biawak.
bila putus.untunglah si jejaka.

cuma jangan lah putus senang senang.
biarlah jelas bersebab.
jangan lah pasal yusuf taiyob pun.
nak bersepak bertendang.

seriyes.
kita boleh teka berpuluh kemungkinan.
mungkin beratus.berjuta.
punca mereka tidak lagi bersama.
apek selalu kalah PES dengan elia.
elia conteng otobot apek.
apek dah bolos.dah lobos.
Eh.
macam macam lah.
tapi kemungkinan dok.
mana kita nak tahu mana satu betul.
entah entah semua ke laut.

tapi dok.
janganlah berlebih.
cinta mereka.gaduh mereka.
mereka yang rasa.
yang rasa perit.mereka.
yang tumpah air mata.mereka.
kita cuma dengar cerita.
kalau betul sayang dua dua.
doakan jodoh kalau ada.
kalau tiada.
doakan dua dua bahagia.

gua bukan apa.
kita sibuk maki cinta orang.
kalau nanti setepek kena kat kita macam mana.

dah.gua nak tidur.
esok nak sahur.
adios.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...