Followers

Tuesday 2 August 2011

ranking universiti.

awas. entri ini mampu menimbulkan simptom cirit kepada sesetengah pihak.


"halalalahh shukewwnyeww.
 unibesitiw kiteww ciuu ciuu memuncak muncak naik atas"


sori dok.
gua pun mahasiswa UTM.
tapi gua tak terpanggil untuk riak dan takabbur atas "pengiktirafan" ini.

bukan sebab pak guard kaki saman.
bukan sebab akak ayam penyet pinang dah tukar dengan mat rempit.
bukan sebab wifi utm adakala seperti sembelit.
lambat dan sikit sikit.
bukan.

sebab pada gua.
gua tak nampak apa intipati ranking itu sendiri.
untuk apa.
nak banding satu sama lain.

macam mana lu boleh kata.
ayam penyet taman u lagi baik dari ayam penyet padang jawa.
bagi konteks pedas dan ada layanan akak kiut.
memang lah taman u menang.
tapi bagi konteks ada bebola daging.
nasi boleh ambil sendiri.
padang jawa masih terbaik.

macam mana lu boleh anggap.
MPV lebih baik dari sebiji kancil.
dari sudut luas.
ya. MPV terbaik.
tapi hujung hujung cirit nak cari parking.
kancil tetap pilihan terbaik.

maaf.
analogi gua terlampau deras untuk ditelan.
tapi sebagai pelajar universiti.
gua percaya lu tak bengap sangat.

dok.
gua bukan cakap gua anti utm semata-mata.
jangan bingai sangat.
sama lah mana mana universiti pun.

maaflah.
tapi sebagai mahasiswa mahasiswi.
gua kira berapa kerat sangat.
yang lepas keluar berita.
terus rujuk semula sistem ranking yang wujud dalam dunia.
method apa mereka guna.
pihak mana yang urus setia.

paling paling haruk.
cari gambar.
letak fesbuk.
tipikal sangat orang kita.
selalu berlandas satu sumber.

"aduh tak.
 janganlah kecoh sangat.
 ranking ni boleh menimbulkan persaingan sihat"


okeh.
gua tak kisah kalau sihat.
macam mana kalau saingan tu jadi cacat.
sebab nak kejar ranking.
haruk masing masing ambil foreigner.
berlambaklah orang iran yang drive camchelaka.
berlambaklah mamat somalia.
yang berebut nak tengok tv.nak tengok mencester.

pada gua.
pengantarabangsaan tu bagus.
boleh kenal budaya dunia.
yang tak bagus bila beruk diberi susu.
anak diberi tuba.
faham-fahamlah.
malas nak cerita lebih.
takut tak sempat grad.

dok.
kalau lu kaji metod ranking yang mereka guna.
banyak benda boleh dipertikai.
webometric misalnya.
menggunakan carian google.Yahoo.Bing.
sebagai salah satu kriteria menentukan ranking universiti.
lebih visibiliti dalam carian.
lebih tinggi ranking.

jadi tak mustahil.
ranking institusi pendidikan tinggi.
lebih didominasi oleh institusi yang berpangkal nama universiti.
yang pangkal namanya kolej universiti.
politeknik.
jangan haraplah nak masuk tinggi tinggi.
siti nurhaliza?
lagi lah tak ada.

research.atau hasil kajian juga.
memainkan peranan penting dalam sesetengah metod ranking.
cuma yang bangsatnya.
yang diambil kira adalah kuantiti.
bukan kualiti sesuatu hasil kajian.
jadi tidakkah menjadi satu saingan terencat.
kalau semua berlumba lumba masukkan hasil kajian sampah.
ke dalam laman laman sawang.
semata mata untuk mencium dubur webometric.

maaflah kalau ada tersinggung.
gua pun sayang universiti gua.
universiti gua ada balai cerap kaler oren.
ada rusa.
ada pak selamat.
ada sulaiman kadikon.
universiti lu ada?

idola gua

tapi bab bangga dengan ranking.
maaf.
bukan stail gua.
gua ala-ala lin dan sikit.
ranking haprak.
tapi biasa lawan chong wei menang jugak.

dah.
selamat membuka.
adios.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...