Followers

Tuesday 25 October 2011

10 ciri lelaki macho.

assalamualaikum.
tak jawab dosa.
jawab kiut.

rasanya ini lah festaim gua bagi salam dalam boxerkedut ni.
tapi ini rumah gua.
jadi apa kaedah nya gua yang nak kena bagi salam.
patutnya lu yang kena bagi salam.
cium tangan.

"assalamualaikum tak.
 tak.tak.
 ni dafi ada bawak ole-ole untuk botak ni.
 makan lah.
 bak kut teh pun ada ni.
 ahhh~"


hah.patutnya gitu.
okeh.dapat.

maaflah kalau sejak kebelakangkan ni gua menulis macam cirit.
nak tak nak je keluar.
gua malas nak tulis seriyes-seriyes sangat.
gua tak hensem.
kalau gua buat seriyes.gaya teging.
memang sampai sudah lah calon isteri tak nak dekat.

entri ni pun gua tulis lepas gua prektis lagu sheila mambo.
patah seribu.
pada gua lagu tu tak bes pun.
tapi sebab sheila mambo tu kiut.
abah dia tokey MLM.
gua jadi bersegamat untuk update belog.



cita-cita gua.
nak jadi lelaki macho.
kalau tak macho pun.
taklah segampang lelaki dalam lirik sheila mambo tu.

"abang bobow~
 sheila amzah la~~"

ah.ada gua kisah.

jadi apakah ciri-ciri seorang lelaki macho pada pandangan gua.
nah.

sepuluh ciri lelaki-lelaki macho.

1. lelaki macho adalah lelaki yang walaupun tak pandai masak.
   tapi sanggup terkial-kial belek buku resepi nona.
   untuk mengekalkan rumahtangga bahagia.

2. lelaki macho adalah lelaki yang bila bawak awek masuk stedium.
   tak lupa untuk pesan.
   "awak bawak telekung sekali tak.
    kang dalam surau dalam tu mana boleh semayang pakai vuvuzela".

3. lelaki macho adalah lelaki yang bila mana awek nya merajuk.
   dia akan terhegeh-hegeh tanya membe mana kedai tutti frutti.
   sebab dia tahu.
   dia bab ayat memujuk camgampang tak power mana.
   walhal.selama ni mati-mati dia ingat tutti frutti tu jual pizza.

4. lelaki macho adalah lelaki yang mampu senyum.
   dan doakan kebahagiaan wanita yang dia suka.
   bila tengok gambar wanita itu bersama lelaki yang dia cinta.

5. lelaki macho adalah lelaki yang suka "meow meow" dengan kucing di meja makan.
   walaupun dia sedar.
   mukanya pailang dan tengah pakai baju "METALLICA".

6. lelaki macho adalah lelaki yang walaupun dia main ragbi.
   tengah padang langgar-langgar orang macam babi.
   tapi dengan orang tua.
   tutur bahasanya cukup berbudi pekerti.

7. lelaki macho adalah lelaki yang tak hisap rokok.Eh.
  
8. lelaki macho adalah lelaki yang walaupun muka gangster.
   tapi bila main dengan dengan bayi. dia ibarat comelnya seekor hamster.

9. lelaki macho adalah lelaki yang bila teman wanita nya marah-marah.
   dia rilek je.
   tahu-tahu esok awek dia dapat bunga.

10.lelaki macho adalah lelaki ini yang selalu mencinta.
   hanya dirimu.
   yang bertakhta dalam sanubariku.
   karena cintaku.tak terbatas waktuuu~
   Eh.


lelaki kah ini : by anuar zain

okeh.
abaikan semula semua.
pada gua.
lelaki macho adalah lelaki yang lengkap solat lima waktu.
hafal surah yasin.surah-surah lazim.
tak liat bangun subuh.
boleh jadi imam.
selalu ambik tahu hukum hakam.

dan lelaki-lelaki macho.
cintanya pada wanita bukan mengejar nikmat dunia.
tapi bersandar pada indahnya syurga.

adios.


notakaki : maaf.gambar-gambar lupa ambik mana.tolong mesej kalau lu punya.

Sunday 23 October 2011

manchester.najib.dan ballotelli.

nak ulas apa benda nya.
benda-benda macam ni tak payah cerita lebih.
kalau gua jadi najib.
esok gua dah umum cuti.
tapi sayang.
najib lebih shahwat dengan pasukan berunsur syaitan.
bengap kan?

"haha.bangang!" (kata sabri kepada najib)

oh.
budak-budak menceste unaited kompomlah akan guna ayat ni.

"team power.
 mestilah orang tak suka.
 sekali sekala kalah apa salah"


pergi jaha-6.
dulu bedal adik-adik bukan main testis masing-masing melentik.
dah kena lauk banyak cengkadak.

dah.
malam ni gua malas buat kerja.
nak layan lagu siti nurhaliza.
adios.

wahhh.kelass kauu marioo~~










notakaki : menganjing lah selagi wujudnya anjing.

Tuesday 18 October 2011

yueyue : dalam puisi.

tolong tengok video ni dulu.kalau kuat.
tolong.



YUEYUE : DALAM PUISI



seorang gadis kecil.China.ceria.
di tengah hiruk pikuk kota.
riuh rendah sang manusia berniaga.

seorang gadis kecil.China.ceria.
berlari anak mencari 'mangsa'.
mana sudut ingin dihidang menjadi lauk hiburnya.

dua tahun atas dunia.
belum kenal apa erti manusia.

sayang.
malang tiada dihidu.
saat matanya kebil melilau.
dirodok jasad gah berwarna kelabu.



barangkali itu pertama kali.
dia rebah keras atas tapak bumi.
barangkali itu pertama kali.
tercarik calar di atas kaki.
barangkali sudah tertakdir.
yang pertama.
menjadi pengakhir.

dua tahun.
apalah sangat teguh tubuhnya.
dua tahun.
apalah sangat kental kulitnya.
dua tahun.
nyata rapuh bina tulangnya.

ah.
mengalir air mata jantan.
bila melihat roda yang dua tahun ini menjadi mainan.
berubah menjadi raksasa tanpa makanan.
liar melenyek tubuh.
Kejam melapah badan.


pedih.
episod duka si kecil belum terhenti.

tangan halusnya meronta meminta belas.
dia menggelepar.sakit.
namun kali ini rontanya bukan seperti rajuk biasa pada ibu.
separuh jasadnya lunyai.
walau meronta hingga lupus nyawa.
tiada mampu si kecil bangkit.

satu susuk lalu lalang.
manusia.
kemudian dua.
juga manusia.
tiga.empat.lima.lapan belas semua.
semuanya manusia!
tapi sayang.semuanya buta.
tapi sayang.semuanya hina dari binatang.



jasad parah dibiar terkulai.
"ah. apa nak hairan. masakan semua anjing ingin dibelai".
mungkin.
itu dalam hati.
yakin.
hati mereka mati.

seorang gadis kecil.China.dulunya ceria.
dua tahun atas dunia.
tujuh minit dia belajar.
apa erti manusia.

harga nyawa manusia.


di satu penjuru berbeza.atas dunia.
beribu anak kecil. Palestin. terseksa.
lalu aku terfikir.
apa kita juga buta?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...